.jpg)
Namun, maksud perkataan beres[yang di dalam Kamus Dewan] dengan apa yang saya akan bicarakan di sini, rasanya sudah sedikit berbeza. Biasalah, perkataan sesuatu bahasa itu akan mengalami perubahan. Samada perubahan yang dialami itu adalah secara perlahan yang disebut evolusi atau juga perubahan secara mendadak yang disebut berubah secara drastik. Hasil dari pembacaan saya, tentang kajian yang pernah dibuat oleh pakar-pakar bahasa Melayu, perkataan yang amat perlahan untuk mengalami perubahan, atau dengan lain perkataan tidak berubah sejak beratus-ratus tahun dahulu, ialah perkataan-perkataan yang menerangkan nama-nama anggota badan orang atau manusia. Perkataan-perkataan tersebut ialah seperti mata, telinga, kaki, perut, telinga, tangan, jari, kepala, rambut dan lain-lain.
Cukuplah saya rasa pengenalan tentang isu perkataan di dalam sesuatu bahasa kepunyaan sesebuah bangsa, kerana bukan itu pokok persoalan saya di laman blog ini.
Bahasa Melayu adalah kepunyaan orang-orang berbangsa Melayu.
Walaupun demikian, berilah laluan kepada saya untuk menyelitkan maksud sepotong Peribahasa Melayu yang berbunyi " Bahasa Menunjukkan Bangsa" yang bermaksud bahasa yang digunakan oleh seseorang atau sesuatu kaum itu dapat menggambarkan kepada orang lain tentang perilaku seseorang atau sesuatu bangsa.
Kalau bahasa kasar atau kesat digunakan, orang akan tahu bahawa dia tidak bersopan santun.
Sebaliknya, kalau bahasa lembut dan halus digunakan tahulah bahawa dia seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa.
Disertakan di sini satu contoh ayat yang menggunakan peribahasa di atas.
Setiap orang yang pernah bersua muka dengan Dasima tahu bahawa dia berbudi pekerti serta berasal daripada keluarga yang baik-baik kerana 'bahasa menunjukkan bangsa'
[PENERANGAN TENTANG PERIBAHASA DI ATAS DIPETIK DARIPADA BUKU 'KAMUS PERIBAHASA MELAYU' HASIL KARANGAN SAPINAH HAJI SAID, TERBITAN PENERBITAN PELANGI SENDIRIAN BERHAD, CETAKAN PERTAMA TAHUN 2004, PADA HALAMAN 184, PADA HARGA RM29.70 YANG DIBELI PADA 23.02.2006, DI SEBUAH KEDAI BUKU TERKENAL, DI DALAM BANDAR KOTA BHARU, NEGERI KELANTAN]
Tadi yang di atas, adalah "intro"nya, kalau di dalam sesebuah lagu. Dan sekaranglah "chorus"nya.
Maksud beres ialah, sebagai contoh, beres berkenaan duit.
Tidak kiralah samada seseorang itu beres ada duit atau seseorang itu beres tiada duit.
Kedua-dua jenis orang ini[beres berduit ataupun beres tak berduit], mesti kena sentiasa beres.
Iaitu sekira dia ada duit, beresnya ialah, janganlah suka berfoya-foya dengan gadis muda dan cantik, sedangkan sudah pun beristeri dua atau tiga, bahkan yang beristeri satu pun. Kerana yang tak berduit, tak berbini pun tak pulak berfoya-foya.
Oleh kerana itu jika, anda berduit[ada isteri] tetapi masih berfoya-foya dengan gadis cantik atau berbuat perkara-perkara maksiat ataupun negatif lain[minum arak, berjudi dan bermacam-macam perkara maksiat dan negatif yang lain],
itu menunjukkan anda sebenarnya, bukan seorang yang beres ada duit tetapi seorang yang ada duit, tak beres.
Dan sekarang pula, maksud seseorang yang beres tiada duit.
Apakah maksudnya, tentang beres tiada duit.
Beres tiada duit, bermaksud sungguhpun seseorang itu tidak berduit, namun dia tetap beres.
Dalam ertikatanya, dia tidak mencuri, meragut, mengedar dadah, memecah rumah.
Kerana biasalah di dalam zaman sekarang, orang yang tak berduit tak beres, akan melakukan itu semua, demi untuk mendapatkan duit secara yang tidak diizinkan oleh Hukum, samada Hukum Agama atau Hukum Dunia.
Saya tidak mahu menambah lebih panjang lagi, catatan saya ini, bahkan akan membuat kesimpulan di sini.
KESIMPULANNYA:
Beres atau tidak beres seseorang itu bukannya bergantung kepada sebanyak mana jumlah wang atau harta yang dia genggami[samada duit dalam akaun, duit berbentuk saham, duit dalam bentuk hartanah bahkan duit tunai beberapa ringgit sekalipun],
tetapi beres yang sebenarnya,
IALAH SESEORANG INDIVIDU YANG MEMPUNYAI HATI KENTAL[IMAN/"FAITH"]
DI MANA BELIAU SERING DAPAT MENGALAHKAN DIRINYA SENDIRI DI DALAM MENGATASI DAN MENEPIS HAL-HAL NEGATIF APABILA NIAT ATAU LINTASAN SEDEMIKIAN DATANG KE DALAM HATI ATAU FIKIRAN BELIAU SUPAYA MELAKUKANNYA.
APAKAH NIAT ATAU LINTASAN NEGATIF TERSEBUT YANG DAPAT DIATASI DAN DITEPIS OLEH INDIVIDU BERES ADA DUIT: berfoya-foya dengan gadis muda dan seksi, sedangkan isteri ada di rumah dan gadis yang difoyakan itu semuda anak gadis di rumah.
minum arak yang mahal-mahal.
berjudi di kasino serba mewah dan mahal seperti di Genting Highlands malahan di Kota judi, terkenal, Las Vegas, Amerika Syarikat sekalipun.
Apa salahnya, duit bermillion-million, kalau kalah berpuluh-puluh ribu atau beratus ribu sekalipun, masih banyak lagi duit dalam bentuk hartanah ataupun saham atau syer.
BEGITU JUGALAH APAKAH NIAT ATAU LINTASAN NEGATIF YANG DAPAT DIATASI DAN DITEPIS OLEH INDIVIDU BERES TAK BERDUIT: mencuri di kala peluang untuk mencuri itu datang tak disangka-sangka, mana tak peluangnya. baju-baju mahal disidai di ampaian di luar rumah. pintu pagar tak berkunci. Yang ada hanyalah seorang jiran perempuan sebelah rumah yang tak berani lagi bersuara selepas digertak akan menamparnya, sekiranya dia terus menghalang tugas sipencuri tersebut.
meragut di waktu rezeki datang menggolek, seperti pada masa budak sekolah perempuan baru mengeluarkan wang dari ATM, sedangkan pada waktu pagi sebegitu, manalah ada orang lelaki di sekitar kawasan itu, melainkan hanya anda seorang dan Tuhan Rabbul Jalil.
mengedar dadah kerana upahnya sangat mahal, ditambah begitu ramai remaja anak orang kaya, yang tidak dipedulikan oleh ibubapa mereka yang sentiasa sibuk mengejar harta kekayaan, siang & malam, dan hati & jiwa remaja yang kesepian itu elok sangatlah di sogokkan dengan dadah durjana, yang mana apabila sudah ketagih, hanya nyawa sajalah yang boleh memisahkan remaja tersebut daripada ketagihannya.
memecah rumah pada waktu tuan rumah tiada di rumah, dan ditambah lagi keadaan di kawasan perumahan yang penghuni-penghuninya masing-masing tidak memperdulikan jiran tetangga, mendorongkan hati untuk memecah rumah.
j a d i, a n d a d a n s a y a b e r e s a t a u t i d a k b e r e s .
B e r d o a l a h, s u p a y a s a y a d a n a n d a m e n j a d i s a m a d a i n d i v i d u y a n g b e r e s b e r d u i t a t a u i n d i v i d u y a n g b e r e s t a k b e r d u i t .
B E R E S
J A N G A N
T A K
B E R E S.
Terima Kasih Banyak-banyak kepada sesiapa yang sudi menatap dan membaca catatan di blog saya ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan